Bunuh, simpan mayat isteri: Suami direman bantu siasatan

Suspek memakai baju lokap polis tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi diiiringi anggota polis.
Suspek memakai baju lokap polis tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi diiiringi anggota polis.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang penganggur direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya di sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya, pada Khamis.

Perintah reman dikeluarkan Majistret J Savinder Singh terhadap lelaki berusia 28 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap polis tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi diiiringi anggota polis.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipercayai menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas membunuh wanita tersebut di rumah mereka di Jalan Tuna di sini.

Difahamkan, perbuatan suspek berusia 28 tahun itu terbongkar selepas dia sendiri membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada pagi Khamis.

Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman mereka di tingkat dua sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata dalam satu kenyataan memaklumkan, mayat wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di atas tilam disalah sebuah bilik di rumahnya.

Menurutnya, wanita itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

"Pasukan forensik telah mengambil beberapa sampel termasuk menjumpai pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh isterinya.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa dihantar ke ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat,"katanya.

Helmi berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti motif dan punca kejadian berlaku.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

"Sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil ke IPD Seberang Perai Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur direman tujuh hari bagi membantu siasatan pembunuhan isterinya di Seberang Jaya
  • Suspek berusia 28 tahun itu diiringi polis tiba di mahkamah untuk perintah reman
  • Mayat isterinya disimpan selama empat hari selepas pembunuhan di rumah mereka
  • Mayat wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian
  • Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti motif pembunuhan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!