KKM tubuh jawatankuasa khas audit kes kematian Covid-19

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan jawatankuasa bagi menjalankan audit terhadap kematian pesakit wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jawatankuasa itu akan diketuai Pakar Perunding Penyakit Berjangkit yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Christopher Lee.

Menurutnya, Dr Christopher juga akan dibantu oleh ahli daripada pakar pelbagai disiplin yang berkaitan.

"Melalui jawatankuasa ini, setiap butiran pengurusan dan rawatan yang telah diberikan kepada setiap kes kematian Covid-19 akan diteliti oleh pakar-pakar berkenaan.

"Hasil analisa ke atas maklumat ini diharap dapat membantu di dalam pengurusan pesakit-pesakit Covid-19.

"Terima kasih diucapkan kepada YBhg Datuk Dr Chris yang sudi membantu walaupun telah bersara daripada perkhidmatan awam pada bulan Januari lalu," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya malam tadi.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, penubuhan jawatankuasa itu dibuat melalui keputusan mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) semalam.

"Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan bertindak sebagai Sekretariat Teknikal bagi National Covid-19 Mortality Review Committee ini," katanya.

Artikel Berkaitan: