Jangan diboroskan duit negara

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AWANG nak ucapkan syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana pakej rangsangan enonomi pada waktu negara dilanda wabak Covid-19. Jumlah duit yang terlibat ialah RM250 bilion. Daripada jumlah itu, RM128 bilion untuk bantu rakyat, selebihnya untuk rangsang ekonomi.

Awang tahu TS PM baharu berniat baik. Dalam keadaan sekarang memang mereka yang berpendapatan rendah perlukan bantuan. Beliau ada sebut nama Mak Cik Kiah yang jual goreng pisang dan suaminya bawa Grab. Memang banyak orang macam Mak Cik Kiah tapi ramai juga yang nasibnya lebih buruk daripada Mak Cik Kiah.

Tapi kita kena ingat Mak Cik Kiah bukan boleh hidup dengan bantuan sekali. Mak Cik Kiah perlu terus hidup selepas surut kes Covid-19. Apa yang kerajaan kena fikirkan ialah persiapan untuk masa depan Mak Cik Kiah dan orang-orang sepertinya.

Kalau ekonomi terus lembab, orang seperti Mak Cik Kiah akan terus menderita. Oleh sebab itu, kerajaan mesti ada sasaran rangsangan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang. Tak cukup dengan bagi bantuan dan habuan pada rakyat.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pun sudah sediakan pakej rangsangan oleh mantan Tun Perdana Menteri. Masa itu dah ambil kira juga keadaan ekonomi akibat Covid-19, cuma tak jangka keadaan jadi seburuk sekarang.

Awang nak ingatkan TS PM baharu, berhati-hati guna duit. Jangan macam tabur pasir. Pastikan tiap sen ada manfaat pada rakyat dan sampai pada rakyat. Ingatlah juga, guna duit dengan bijak, jangan sampai duit simpanan kita ruyup dan rizab kita lebur.

Syabas Ketua Pengarah Kesihatan!

Awang terkejut dengan berita dua buah kampung di Simpang Renggam, Johor yang terpaksa jalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Khabarnya yang terlibat ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid.

Artikel Berkaitan:

Menurut beritanya, setakat kelmarin terdapat 61 kes positif Covid-19 di situ. Ada macam-macam ceritalah yang tersebar mengapa hal itu berlaku.

Ada yang kata berpunca daripada majlis perkahwinan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Khabarnya ahli keluarga yang terlibat ada daripada kluster tabligh yang berhimpun di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Dikatakan terdapat seramai 3,570 orang daripada 650 keluarga yang terlibat dengan PKPD itu. Di bawah perintah itu, mereka ditegah sama sekali keluar dari kawasan itu dan dikuarantin dalam rumah masing-masing.

Bagus sangatlah kawalan lebih ketat dibuat. Awang doakan tak ada lagi yang disahkan positif Covid-19 di situ. Tapi penduduk kedua-dua kampung itu kenalah berdisiplin.

Masalah besar rakyat kita ialah kurang disiplin pada waktu PKP ini. Mereka masih tak reti bahasa cakap mudahnya.

Awang nak ambil kesempatan ini nak puji Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah yang jadi ‘jurucakap’ utama krisis ini.

Beliau menjalankan kerja dengan profesional sekali dalam menghadapi media setiap hari. Dia ‘cool’ aje kata orang muda sekarang. Orang macam inilah yang kita perlukan pada saat-saat begini.

Pada waktu yang sama kita semua faham tekanan yang beliau dan anak buahnya hadapi.