ICERD: Apa yang ada di Malaysia sudah cukup baik

Shafie Apdal
Shafie Apdal
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata apa yang ada Malaysia kini termasuk amalan toleransi agama dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini sudah cukup baik.

Justeru katanya tidak perlu diwujudkan sesuatu yang boleh mengundang masalah sehingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan rasa ketidak selesaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan seperti Malaysia amnya dan Sabah khasnya.

“Di Malaysia, tidak ada amalan-amalan yang menidakkan mana-mana agama. Itu dalam Islam (perintah supaya tidak menindakkan orang lain mengamalkan agamanya).

“Islam itu rahmat kepada sekalian alam..Agama dia (yang lain) dengan agama dia. Memang sudah jadi amalan di Malaysia selama ini. Jadi memang tidak ada persoalan di sini,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Indonesia ke Malaysia Rudi Kirana di pejabatnya hari ini.

Mohd Shafie berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Justeru katanya adalah wajar bagi Malaysia untuk mempertahankan perlembagaannya yang memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan atau halangan.

Katanya di Malaysia, khususnya di Sabah, tidak pernah berlaku kejadian satu penganut agama mengancam keselamatan orang lain semata-mata disebabkan perbezaan agama malah sebaliknya rakyat berbeza agama di Sabah sentiasa saling bantu membantu antara satu dengan lain.

“Gunakanlah ICERD di negara-negara lain di mana ada berlaku pergaduhan antara agama.

Artikel Berkaitan:

Kita di Malaysia ini, di Sabah ini hidup tenteram, tidak ada perbezaan. Malah kita saling bantu-membantu. Ini yang perlu kita galakkan,” katanya. –Bernama