Covid-19: AS catat lebih 100,000 kes

AS negara paling terjejas di dunia mengatasi Itali dan China akibat pandemik Covid-19.
AS negara paling terjejas di dunia mengatasi Itali dan China akibat pandemik Covid-19.
A
A
A

WASHINGTON - [DIKEMASKINI] Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan 101,567 kes koronavirus (Covid-19), menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins.

Bandar raya New York merekodkan angka tertinggi dengan 44,876 kes dengan 567 kematian, sekali gus menjadi pusat wabak di AS.

Data terbaharu itu menyaksikan AS kini mengatasi Itali (86,498 kes) dan China (81,897 kes) sebagai negara paling terjejas di dunia.

Sehingga semalam, pandemik berkenaan telah meragut lebih 1,500 nyawa di AS.

Berdasarkan kes yang disahkan, kadar kematian di AS ialah kira-kira 1.5 peratus berbanding 10.5 peratus di Itali.

Kadar kematian itu berkemungkinan akan menurun susulan proses saringan lebih luas menunjukkan lebih ramai individu yang disahkan positif, tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala.

Namun ia juga mungkin meningkat sekiranya lebih banyak negeri dan bandar raya berdepan situasi sama seperti New York yang berdepan masalah kekurangan katil hospital, peralatan perlindungan peribadi dan ventilator yang mendesak. - Agensi

Artikel Berkaitan: