Cuepacs sifatkan Prihatin capai matlamat

Adnan Mat
Adnan Mat
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) mencapai matlamat apabila semua lapisan masyarakat mendapat manfaat.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pembentangan pakej bernilai RM250 bilion itu secara jelas menunjukkan tiada pihak yang terpinggir dan tertinggal.

"Cuepacs juga sangat berterima kasih pemberian one-off sebanyak RM500 yang sangat bermakna kepada penjawat awam.

"Ia sedikit sebanyak membantu penjawat awam terutama golongan B40 memberi barangan makanan dan keperluan harian.

"Ikrar Perkhidmatan Awam adalah berkhidmat untuk negara. Kami telah dilantik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara. Kami akan sentiasa memberi khidmat bakti untuk rakyat dan negara walau apa yang berlaku kepada kami," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Adnan berkata lagi, pihaknya merakam penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kenaikan elaun khas Covid kepada doktor dan petugas kesihatan daripada RM400 kepada RM600.

"Ia sedikit sebanyak menyuntik semangat kerja petugas-petugas yang bekerja demi rakyat.

"Bagaimanapun, dalam masa Cuepacs memohon pertimbangan khas kerajaan untuk panjangkan pemberian elaun itu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat secara langsung sebagai barisan hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan: