X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Indonesia catat sembilan lagi kematian dalam tempoh 24 jam

Achmad Yutianto
A
A

JAKARTA - Sembilan lagi kes kematian berlaku di Indonesia akibat virus koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan Covid-19, Achmad Yurianto, jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 87 kes selepas kematian pertama dicatat pada 11 Mac.

"Bagi tempoh dari 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 153 kes positif baharu (dicatat), menjadikan jumlah kes positif kini meningkat kepada 1,046 kes," katanya dalam siaran langsung menerusi Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB).

Semalam menyaksikan angka kematian tertinggi dicatat iaitu sebanyak 20 kes.

Mengikut pecahan kawasan berlaku kematian, Jakarta mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 51 kes diikuti Jawa Barat (14), Jawa Tengah (enam), Jawa Timur (empat), Banten (empat), Bali (dua), Yogyakarta (dua) dan masing-masing satu kes di Kepulauan Riau, Sumatera Selatan, Sumatera Utara serta Sulawesi Selatan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!