Harga petrol RON97, 95 dan diesel turun lagi

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol turun sebanyak enam sen masing-masing bagi RON97 dan RON95, manakala diesel juga turun tujuh sen berkuat kuasa 28 Mac sehingga 3 April depan.

Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit bagi RON95 ialah RM1.38 seliter bagi tempoh berkenaan berbanding RM1.44 sebelum ini, manakala harga runcit RON97 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing adalah RM1.68 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Artikel Berkaitan: