First Solar Malaysia sumbang peralatan perubatan kepada HSB

Wakil pengurusan First Solar Malaysia menyerahkan sumbangan kepada Dr Muhamad Supi (kanan) mewakili Hospital Sultanah Bahiyah.
Wakil pengurusan First Solar Malaysia menyerahkan sumbangan kepada Dr Muhamad Supi (kanan) mewakili Hospital Sultanah Bahiyah.
A
A
A

KULIM - First Solar Malaysia menyampaikan sumbangan barangan keperluan hospital kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebagai inisiatif membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membendung penularan wabak Covid-19.

Naib Presiden Operasi Pengeluaran dan Pengarah Urusan First Solar Malaysia, Datuk P’ng Soo Hong berkata, sumbangan ini adalah bagi memastikan petugas barisan hadapan di hospital dapat menjalankan tugas sebagai benteng pertahanan dengan selamat.

Antara barangan yang disumbangkan termasuk 6,000 unit topeng muka tiga lapisan, 1,000 unit topeng muka N95, 15 unit alat pernafasan pembersih udara, seunit kabinet pengecas PAPR, 1,000 sarung tangan, 50 unit sut perlindungan diri Tyvex, cecair nyahkuman, komputer riba serta pendingin hawa mudah alih.

“Kami ingin menyumbang semula kepada masyarakat dan berharap agar sumbangan ini dapat membantu kaki tangan HSB untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pada masa sama kekal selamat.

Petugas di Hospital Sultanah Bahiyah mengucapkan terima kasih kepada First Solar Malaysia atas sumbangan diberikan.
Petugas di Hospital Sultanah Bahiyah mengucapkan terima kasih kepada First Solar Malaysia atas sumbangan diberikan.

"First Solar Malaysia ucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga KKM dan petugas barisan hadapan atas pengorbanan anda berdepan wabak ini," katanya.

Sumbangan disampaikan kepada wakil HSB, Dr Muhamad Supi Ramli dari Bahagian Kecemasan dan Trauma HSB, sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).

Sementara, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Zaiton Udin berkata, ini merupakan kolaborasi kedua First Solar Malaysia bersama HSB.

Artikel Berkaitan:

“Pada 2018, First Solar Malaysia telah menyumbang lima unit alat bantuan pernafasan kepada Persatuan Kumpulan Sokongan Hospital Sultanah Bahiyah dan Persatuan Hospis Kedah,” katanya.