Tiada golongan tercicir, semua dapat manfaat: PM

Pakej Ransangan Ekonomi
Pakej Ransangan Ekonomi
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketika negara memerangi wabak koronavirus (Covid-19) dan kesannya terhadap rakyat dan ekonomi negara, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion bagi manfaat rakyat.

Lebih separuh daripada peruntukan iaitu hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat dan meringankan beban yang ditanggung oleh semua rakyat tanpa ada golongan yang akan tercicir.

“Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang.

“Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan pakej itu yang disiarkan secara langsung di media elektronik.

Muhyiddin yang mengambil alih tampuk pimpinan negara sejak 1 Mac mengumumkan pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada kumpulan M40 dan ke bawah termasuk pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan dan peniaga kecil. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: