Kerajaan sedia kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80 peratus daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, skim tersebut akan diuruskan dan tertakluk kepada penilaian kredit oleh Danajamin Nasional Bhd.

“Kemudahan ini disasarkan kepada perniagaan yang berdaya maju dalam semua sektor yang menghadapi kesukaran akibat wabak Covid-19,” kata Muhyiddin semasa mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PM umum Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 bilion

Menurutnya, saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan dan kemudahan ini akan disediakan untuk permohonan mulai 1 Mei sehingga 31 Disember 2020 atau sehingga dana jaminan digunakan sepenuhnya.

Dalam pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan hari ini, kerajaan telah memberi suntikan sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.

Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: