Jumlah kes Covid-19 atas kapal tentera AS meningkat

USS Theodore Roosevelt
USS Theodore Roosevelt
A
A
A

MOSCOW - Jumlah mereka yang disahkan positif Covid-19 di atas kapal pengangkut Amerika Syarikat, USS Theodore Roosevelt meningkat kepada 25 orang, lapor agensi berita Sputnik memetik laporan media Amerika.

Awal minggu ini tiga kelasi Amerika di atas kapal itu diuji positif Covid-19.

Khamis pagi, Pemangku Setiausaha Tentera Laut, Thomas Modly pada sidang akhbar berkata, kes baharu di kesan di atas kapal itu tanpa memberikan sebarang jumlah.

Pada lewat Khamis, seorang pegawai tentera laut memberitahu stesen televisyen CNN, jumlah anggota yang positif Covid-19 mencecah 25.

Ketika ini, seramai 5,000 anggota tentera berkhidmat di atas kapal pengangkut itu.

Sehingga semalam, Jabatan Pertahanan mengesahkan 280 tentera Amerika dijangkiti Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: