Dua operator kilang dipenjara 4 bulan halang tugas polis

Dua tertuduh berbaju hitam diiring polis di mahkamah.
Dua tertuduh berbaju hitam diiring polis di mahkamah.
A
A
A

SEREMBAN – Dua operator kilang dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang penjawat awam yang menjalankan tugas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu pemeriksaan polis, Selasa lalu.

Majistret Mahyun Yusof membuat keputusan itu terhadap M Sivanyanam, 21, yang berdepan tiga pertuduhan manakala K Vijay, 22, menghadapi satu pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama terhadap Sivanyanam, dia dengan sengaja menghalang anggota polis dari menjalankan fungsi jawatannya dengan tidak mahu memberi kerjasama memberhentikan motosikal apabila diarah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(n), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta oleh polis.

Pertuduhan ketiga pula, tertuduh didapati menunggang motosikal tanpa lesen dan dengan itu telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesemua perbuatan itu dilakukan pada 24 Mac 2020, jam lebih kurang 5 petang di Jalan Utama Taman Bandar Ekar, Rantau di sini.

Mengikut kertas pertuduhan terhadap Vijay yang dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 186 Kanun Keseksaan, tertuduh telah bersubahat membantu Sivanyanam menghalang polis daripada melaksanakan tugas rasminya di lokasi dan waktu sama.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli.