183 gelandangan sekitar ibu kota diselamatkan

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 183 gelandangan termasuk 17 wanita diselamatkan dalam operasi dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu kota malam tadi.

Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, operasi bermula jam 11 malam itu turut dibantu pasukan polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN) serta Alam Flora.

"Mereka yang diselamatkan itu perlu menjalani proses saringan dan pemilihan penempatan gelandangan yang akan diuruskan YKN dan JKM.

"Turut diselamatkan 15 bukan warganegara terdiri 11 lelaki dan empat perempuan, " katanya.

Beliau berkata, operasi berkenaan dilaksanakan di beberapa kawasan termasuk di sekitar Masjid India, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Bangkok Bank.

Menurutnya, kesemua gelandangan tersebut ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang dan di Anjung Singgah.

"DBKL juga kenal pasti empat dewan komuniti bagi baki penempatan gelandangan. Semua kos akan ditanggung DBKL," katanya.

Katanya, seramai 72 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi yang berlangsung selama 4 jam dan berakhir jam 3 pagi.

Artikel Berkaitan: