Video Politeness angkat nilai kesantunan

Gambar kanan: Izzat Hamzah
Gambar kanan: Izzat Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - Video pendek Politeness dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Video Terbaik Pilihan Juri dan Pengarah Terbaik bagi Pertandingan Video Pendek Reboot Politeness sempena kempen Reboot Malaysia & Global Harmony pada 23 Mac lalu.

Pemenangnya, Izzat Hamzah, 23, penuntut jurusan Pendidikan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysa (UIAM) Gombak bersama pasukannya, Ashraf Zulkifly, 22; Nabil Nukman, 22 dan Izzhakimi Ibrisam, 22, berjaya meraih RM1,000 dan RM500 bagi kedua-dua kategori.

Sementara itu, pemenang Video Paling Interaktif yang berjaya mencuri hati netizan adalah video pendek Warkah Ibu oleh pelajar UIAM Pagoh, Muhammad Firdaus Jamaludin, 20.

Beliau bersama pasukannya terdiri daripada Nur Rosdiana Mohd Hanif, Muhammad Irfan Danial Romzi dan Khalish Diyana Mohamed menerima RM700 atas kemenangan tersebut.

Pengurus Perhubungan Strategik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) merangkap Pengarah Projek, Nurhayati Nordin berkata, pertandingan video pendek anjuran WUIF dan UIAM Pagoh itu dilaksanakan bersama Seminar Reboot Politeness Towards Malaysia & Global Harmony di Hub Pendidikan Tinggi, Pagoh pada 23 November 2019.

Kedua-dua inisiatif tersebut menuju ke arah World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour tahun ini.

Tema #QuranHour tahun ini membawa surah ar-Rahman dan surah al-Kahf ayat 19 yang menunjukkan nilai kesantunan termasuk sifat lemah lembut, berbuat baik, belas kasihan dan berhemah.

Artikel Berkaitan:

Nurhayati Nordin
Nurhayati Nordin

“Pertandingan video tersebut mensasarkan golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi menghidupkan dan membangkitkan semula usaha mencapai keharmonian di dalam negara ini dan di peringkat global.

“Ia bertujuan mendapat maklum balas dan kreativiti pelajar untuk menyampaikan mesej nilai-nilai kesantunan dengan berpandukan al-Quran melalui medium video," katanya.

Menurutnya, nilai kesantunan yang ditonjolkan peserta tersebut antaranya kepada ibu, orang kurang upaya dan masyarakat.

“Pihak WUIF percaya video tersebut boleh menjadi contoh kepada remaja dan orang ramai untuk mengembalikan kesantunan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seterusnya, mereka menjadi aset penting dalam pembangunan negara berbudi dan penyayang," katanya.

No Image Caption

Pemilihan video dinilai juri terdiri daripada Ketua Penerbitan TV, Astro Ideaktif, Fadzliniza Zakaria; Pengarah Kreatif Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, Nor Azam Syah Razmi dan Ketua Unit Media Sosial Sinar Harian, Taufik Asmady Abdul Aziz pada 12 Februari lalu.

Pihak penganjur turut memuat naik video yang terpilih ke FB Quran Hour untuk dikongsikan di FB Quran Hour untuk diviralkan pada 19 Februari lalu.

Bagi Izzat, persoalan diri 'adakah perbuatan aku memberi kesan kepada orang lain?' menjadi pencetus idea dalam menghasilkan video Politeness.

“Kita hidup dalam keluarga, berjiran dan bermasyarakat perlu ada kesedaran diri untuk bersikap toleransi dan sopan-santun. Jangan fikirkan diri sendiri kerana setiap perbuatan kita pasti memberi kesan dengan orang sekeliling," katanya.

Sementara itu Muhammad Firdaus berkata, video Warkah Ibu memberi mesej agar anak tidak melupakan ibu bapa walaupun di mana berada.

“Sebilangan golongan pelajar hanya menghubungi bapa mereka apabila memerlukan kewangan. Kita hendaklah rajin bertanya khabar dan pulang untuk bertemu ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia ini,” katanya.

Untuk menonton pilihan video peserta bagi Pertandingan Video Pendek Reboot Politeness, sila layari di https://www.facebook.com/WorldQuranHour/videos.

Muhammad Firdaus
Muhammad Firdaus