X

Kindly register in order to view this article
!

Tesco prihatin salur bantuan

Wakil Tesco Taiping menyerahkan sumbangan makanan kepada anggota polis yang menjadi petugas hadapan ketika PKP dilaksanakan bagi menangani penularan wabak Covid-19.
A
A

SHAH ALAM - Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd sentiasa prihatin terhadap masyarakat sekeliling dan turut terpanggil dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Pengarah Perkhidmatan Korporatnya, Azliza Azmel berkata, sejak ia diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tesco telah memperhebatkan lagi program sumbangan makanan di beberapa negeri menerusi kolaborasi dengan Food Aid Foundation dalam memberikan kesan positif kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, program yang diadakan itu amat penting bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli bekalan makanan mereka khususnya golongan asnaf B40.

“Melalui kerjasama kami dengan Food Aid Foundation itu juga kami dapat menyalurkan barangan keperluan harian ke pelbagai rumah kebajikan seperti Rumah Anak Yatim Shifa, Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Elshaddai Refugee Learning Center, Persatuan Rumah Kebajikan Rita, Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Perlindungan Sosial NCWO-YWCA dan banyak lagi.

“Malah saya juga berbangga apabila semua kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini berjaya dilaksanakan dalam minggu pertama PKP dan banyak lagi program yang sedang dirancang untuk dilaksanakan selepas tempoh pelaksanaan PKP ini dilanjutkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Wakil Tesco Taiping menyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan ketika PKP dilaksanakan bagi menangani penularan wabak Covid-19.
Wakil Tesco Taiping menyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan ketika PKP dilaksanakan bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Mengulas lanjut, Azliza turut memaklumkan bahawa Tesco juga telah memulakan kerjasama baharu dengan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas khususnya petugas di barisan hadapan dalam menangani wabak koronavirus Covid-19.

Katanya, dua pertubuhan itu adalah Kembara Kitchen iaitu organisasi pertolongan sosial dan RumahKita bagi membantu memenuhi permintaan hospital-hospital yang dikhususkan untuk merawat pesakit Covid-19 semasa PKP.

“Melalui bantuan badan bukan kerajaan (NGO) ini, Tesco berpeluang menyalurkan bantuan peralatan yang diperlukan seperti penyejuk udara, kotak styrofoam untuk penghantaran selamat tiub ujian Covid-19 ke makmal.

“Selain itu kita turut mengagihkan bantuan makanan kepada beberapa hospital, klinik dan anggota barisan hadapan ketika mereka bertugas dalam menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!