Jalan masuk Pasar Chow Kit diperketat - Polis

Antara pasar di Chowkit. Foto Sumber Internet
Antara pasar di Chowkit. Foto Sumber Internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memperketatkan kehadiran orang awam ke Pasar Jalan Raja Bot (Pasar Chow Kit) melalui penutupan beberapa jalan bagi mengawal aliran lalu lintas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, di antara jalan terbabit ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Abdullah sehingga Jalan Raja Alang, Jalan Raja Abdullah sehingga Jalan Raja Bot, Lorong Haji Hussein dan Lorong Haji Hussein 1.

Menurutnya, laluan masuk ke pasar ialah melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman manakala jalan keluar ialah Jalan Raja Alang.

"Polis turut mengingatkan hanya seorang ahli keluarga sahaja dibenarkan membeli barang keperluan di pasar.

"Semua pengunjung perlu menjaga jarak sosial satu meter, kerap membasuh tangan dan dinasihatkan memakai topeng muka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: