X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi 12 hari mangsa termuda dijangkiti Covid-19

Dr Noor Hisham pada sidang media hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan bayi berusia 12 hari antara pesakit termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid-19.

"Bagi gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tetapi sekarang bayi berusia 12 hari disahkan positif Covid-19.

"Pesakit Covid-19 paling tua dirawat di hospital berumur 83 tahun," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai pesakit berkenaan.

"Butirannya kita akan maklumkan kemudian," katanya.

Beliau berkata, KKM membuat strategi bagi melindungi warga emas kerana imuniti golongan itu adalah rendah.

"Strategi kita untuk melindungi mereka. Pastikan berada di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19," katanya.