Hamzah dilantik Setiausaha Agung Bersatu baharu

Datuk Seri Hamzah Zainuddin - Foto Bernama
Datuk Seri Hamzah Zainuddin - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menggantikan Senator Datuk Marzuki Yahya yang dipecat daripada jawatan tersebut.

Pelantikan Hamzah berkuat kuasa pada 18 Mac itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataannya di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin, segala tugas Setiausaha Agung seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Bersatu hendaklah dijalankan oleh Hamzah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Senator Datuk Wira Marzuki Yahya atas khidmat beliau sebagai Setiausaha Agung.

ARTIKEL BERKAITAN: Marzuki dipecat sebagai Setiausaha Agung Bersatu

“Saya juga mengucapkan selamat bertugas kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” katanya.

Senario semasa ini memperlihatkan, Bersatu kini mempunyai dua Setiausaha Agung, dengan masing-masing menyokong Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti itu yang juga merupakan Perdana Menteri.

Kekusutan berlaku susulan pemecatan Marzuki sebagai Setiausaha Agung pada 18 Mac lalu yang menurut Dr Mahathir sebagai tidak sah kerana tidak memenuhi peraturan parti berkenaan.

Menurut Mahathir, peraturan tersebut menyatakan bahawa dirinya mesti dirujuk mengenai penyingkiran atau pelantikan seorang Setiausaha Agung dan syarat itu tidak dipenuhi.

Artikel Berkaitan: