Jabatan Penerangan Jempol masuk ladang laung amaran PKP

Jabatan Penerangan daerah Jempol redah kawasan pendalaman sebar hebahan PKP.
Jabatan Penerangan daerah Jempol redah kawasan pendalaman sebar hebahan PKP.
A
A
A

JEMPOL- Jabatan Penerangan Jempol mengambil pendekatan masuk ke kawasan ladang bagi memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Pegawainya, Noorezrin Mahmod berkata, semalam pihaknya melakukan hebahan PKP di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang yang turut melibatkan penempatan di kawasan ladang Ladang Batang Jelai, Jeram Padang, dan Senama.

Penempatan pekerja ladang yang kelihatan sunyi dalam tempoh PKP.
Penempatan pekerja ladang yang kelihatan sunyi dalam tempoh PKP.

"Kawasan terpencil dan pedalaman antara lokasi yang diberi tumpuan supaya masyarakat tahu tahap kerajaan serius menangani wabak Koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini.

"Bagaimanapun, jadual pergerakan hebahan akan diselaraskan dengan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol dan jika ada individu degil akan dimaklumkan kepada polis," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tugasan berkenaan akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah supaya semua agensi menerima maklumat jika ada masalah berkaitan supaya dapat ditangani bersama.

Artikel Berkaitan: