X

Kindly register in order to view this article
!

Dua kilang plastik hangus

Anggota bomba memadamkan kebakaran dua kilang di kawasan perindustrian Kundang tengah hari tadi
A
A

RAWANG – Dua kilang plastik musnah dalam kejadian kebakaran di kawasan perindustrian Kundang, di sini hari ini,.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 12.02 tengah hari.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, BBP Rawang, BBP Sungai Buloh, BBP Bukit Sentosa dan BBP Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi setelah dimaklumkan mengenai kejadian.

“Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan dua buah kilang masing-masing berkeluasan 80x100 kaki persegi. Api berjaya dikawal pada jam 12.57 tengah hari.

“Kilang pertama terbakar hampir 80 peratus manakala kilang kedua terbakar dengan anggaran 40 peratus.

"Tiada mangsa yang terlibat. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus