Covid-19: Kor Ming sumbang sebulan gaji MP

NGA KOR MING
NGA KOR MING
A
A
A

IPOH - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyumbang sebulan gaji beliau selaku Ahli Parlimen Teluk Intan untuk membantu usaha negara menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, wang berkenaan akan digunakan bagi membeli segala peralatan dan barangan keperluan untuk petugas serta keluarga asnaf yang terkesan dengan penularan wabak itu.

"Semua pihak wajib memberi sokongan padu serta kerjasama kepada usaha kerajaan menangani krisis kesihatan awam yang semakin serius ini.

"Atas faktor itu, hari ini saya isytihar menyumbang satu bulan gaji selaku wakil rakyat supaya dapat digunakan membeli barangan diperlukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh terdekat ini, pihaknya juga akan menyalurkan 5,000 topeng muka kepada jabatan kerajaan, hospital dan pasukan keselamatan di kawasan Teluk Intan.

"Bekalan ini dijangka tiba pada minggu depan dan kita akan edarkan secara terus kepada petugas terlibat," katanya.

Artikel Berkaitan: