'Rindu bau surau, masjid' - Netizen

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Facebook memuat naik video penghantar makanan menunaikan solat di luar pagar dipercayai surau Al-Mutmainnah, Pandan Perdana di sini.

Bagaimanapun, video berdurasi seminit yang dimuatnaik di Facebook Mohammed Sunaini Yusop mendapat perhatian netizen yang mula merindui suasana solat berjemaah.

Apai Rezal menulis di ruangan komen "Rindu dengan bau surau, bau masjid, rindu nak bersalaman dengan jemaah. Solat Jumaat, tazkirah, tabung masjid," katanya.

Tidak kurang juga ada yang memuji penghantar makanan berkenaan yang tetap melaksanakan kewajipannya walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hamsiah Mohd Said yang turut menulis di ruangan komen, "Lelaki itu telah terdidik untuk solat berjemaah.

Rindunya terubat pada masjid/surau walaupun dapat solat di tepi masjid/surau." katanya.

Bagi Yani Ismail pula, video tersebut meruntun jiwanya dan berdoa lelaki itu sentiasa dimurahkan rezeki.

"Sedihnya... bila kita dahulukan ALLAH, Insya-ALLAH, akan mudahkan urusan kita. Semoga abang foodpanda ni dimurahkan rezeki." katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujar Arfela, "Berkat dalam rezeki sebab solat. Gaji kecil, makan cukup tapi kerana ALLAH, mencukupi kesemuanya.

"Dari rezeki, keluarga, anak soleh/solehah, Allaahu. Kita minta apa yang kita nak, tapi ALLAH kurniakan apa yang perlukan." katanya lagi.

Dalam pada itu, netizen juga berdoa wabak koronavirus (Covid-19) berjaya ditangani dan masyarakat dapat menjalani rutin harian seperti sebelum in.

Sehingga kini, video tersebut mencecah lebih 405,000 tontonan, 16,000 tanda suka dan 25,000 perkongsian dari netizen.