Petai gergasi ditemui dikenali sebagai Entada

Penduduk menjumpai 'petai' gergasi tular di laman sosial.
Penduduk menjumpai 'petai' gergasi tular di laman sosial.
A
A
A

JAWA TENGAH - Buah yang mirip petai berukuran gergasi ditemukan warga di Banjarnegara, Jawa Tengah, tular di laman sosial.

Ketua Pemeliharaan daerah Wonosobo, Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA), Jawa Tengah, Adi Antoro, berkata, buah itu dikenali sebagai entada dan meminta penduduk tidak memetik dan makan buah tersebut.

"Kami telah pergi ke lokasi itu, pokoknya berada di rizab hutan Pringamba 2. Ini bukan petai, tapi entada jenis liana. Tumbuhan ini juga tidak boleh dimakan." katanya kepada Detik News.

Tambahnya, buah sepanjang 120 sentimeter ini merupakan jenis kekacang dan rasanya pahit.

Biji 'petai' berwarna putih dan rasanya pahit.
Biji 'petai' berwarna putih dan rasanya pahit.

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai seorang pemuda dikenali sebagai Bahrin, menemui 'petai' gergasi ketika memasuki hutan untuk mencari sumber air.

Menurutnya, selama ini belum ada penduduk menemui 'petai' itu dan ternyata ia luar biasa.

"Pokoknya berada di rizab hutan dan untuk ke sana kira-kira tujuh kilometer dari perkampungan kami.

Artikel Berkaitan:

"Kerana teruja melihat pertama kali, saya bawa pulang untuk ditunjukkan kepada penduduk lain. Apabila dikopek buah ini, bijinya berwarna putih namun kami tidak memakannya kerana bimbang beracun," katanya.