X

Kindly register in order to view this article
!

81 rakyat Malaysia dari Itali tiba di KLIA

Prosedur pembasmian virus dilakukan ketika ketibaan rakyat Malaysia.
A
A

PUTRAJAYA- Seramai 81 rakyat Malaysia dan tanggungan mereka yang direpatriasi dari Itali selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi tadi.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar dalam kenyataannya berkata, jumlah itu membabitkan 34 pelajar dan lapan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta ahli keluarga mereka.

"Kesemua mereka telah dibawa pulang dengan menaiki sebuah pesawat sewaan khas Air Asia yang turut membawa 17 kru pesawat dan tujuh penjawat awam yang terdiri daripada seorang pegawai Kementerian Luar Negeri (KLN), seorang daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan lima petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba, kesemua mereka akan menjalani proses kuarantin di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) selama 14 hari seperti yang ditetapkan oleh KKM.

"Misi repatriasi ini hasil kerjasama rapat di antara KLN, Nadma, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi lain yang berkaitan.

"Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Nadma, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi lain yang telah memberikan kerjasama yang amat yang baik dalam menjayakan misi ini," katanya.

Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana HARD merupakan sebahagian daripada misi membawa pulang rakyat di negara terjejas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus