X

Kindly register in order to view this article
!

Kane perlu tinggalkan Spurs

Harry Kane
A
A

PEMERHATI bola sepak England, Alan Shearer menasihati penyerang Tottenham Hotpsur, Harry Kane supaya meninggalkan kelab itu sekiranya masih gagal memenangi sebarang piala dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Menurut Shearer, Kane sepatutnya telah mengecapi kejayaan demi kejayaan berdasarkan reputasinya sebagai salah seorang penyerang berbisa di dunia.

"Pendapat saya, jika dia tidak menang apa-apa dalam tempoh 12 bulan ini, dia harus cari pasukan lain.

"Sebagai salah seorang pemain terbaik dunia, dia perlu bermain dengan pasukan yang hebat dan bereputasi tinggi.

"Spurs juga sebuah pasukan yang hebat, tetapi mereka tidak mampu membentuk sebuah pasukan mantap yang mampu memenangi piala," katanya.

Kane menyertai Spurs sejak 2004 dengan menyertai akademi kelab itu, namun sehingga kini masih belum menjulang sebarang piala walaupun memegang rekod sebagai antara penjaring terbanyak di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 136 gol.

Keadaan itu menyebabkan muncul khabar angin mengatakan Kane akan membuka rundingan dengan pasukan lain dan Manchester United menjadi antara kelab yang sedang berusaha mendapatkan khidmatnya.

“Itu bergantung kepada Kane (sekirang mahu menyertai United). Dia mempunyai reputasi dan rekod cemerlang. Cumanya bagaimana dia mahu menyesuaikan diri dengan kelab baharu.

"Ada banyak kemungkinan sekiranya dia berpindah. Adakah dia mampu menampilkan persembahan yang baik atau tidak. Tetapi, apa pun yang berlaku dia mesti keluar daripada Spurs.

"Dengan usianya yang masih muda, ini waktu terbaik. Tidak kisah sama ada di EPL ataupun di liga lain. Dia perlu mencubanya," kata Shearer.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus