Potongan cukai kepada penderma bantuan Covid-19

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Insentif potongan cukai akan diberikan kepada penderma wang tunai atau barangan bertujuan membantu rakyat terkesan dengan wabak Covid-19.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berkata, langkah itu sebagai penghargaan dan bagi menggalakkan rakyat memberi sumbangan.

"Pada masa ini insentif yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 oleh kerajaan ialah Tabung Covid-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk jenis sumbangan tunai dan barangan.

"Selain itu Tabung Covid-19 (Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri) melibatkan jenis sumbangan tunai sahaja serta derma kepada institusi/organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut, bagi sumbangan peralatan atau barangan, penyumbang perlu mendapatkan surat akuterima sumbangan daripada penerima serta cop rasmi mengikut format yang akan dikeluarkan oleh MOF sebelum mengemukakan permohonan potongan cukai kepada MOF.

"Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada Bahagian Cukai, MOF LHDNM/2020/03/26 - 18.

"Pembayar cukai yang menderma dinasihatkan menyimpan rekod transaksi sebagai bukti untuk rujukan ketika pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2020 dan semakan oleh LHDNM," katanya.

Orang ramai dinasihatkan membuat semakan kesahihan organisasi sebelum membuat sebarang sumbangan bagi mengelakkan penipuan.

Artikel Berkaitan:

Maklumat berkaitan institusi/organisasi yang mendapat kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 boleh didapati di portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my