X

Kindly register in order to view this article
!

'Jangan melampaui batas, polis akan ambil tindakan'

Mazlan
A
A

KUALA LUMPUR- Rakyat dinasihatkan tidak 'melampaui batas' melanggar arahan kerana polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, orang ramai hanya perlu duduk di rumah masing-masing.

Menurutnya, sebagai manusia biasa semua sudah faham peraturan dan arahan PKP ini.

"Jangan mengundang polis ambil tindakan dan sekiranya mereka melanggar peraturan maka kita terpaksa ambil tindakan undang-undang.

“PKP dilakukan dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 dan kita harap orang ramai membantu menangani wabak ini.

"Keselamatan negara bergantung pada kita semua dan perkara ini perlu difikirkan secara serius," katanya ketika ditemubual pengacara TV3 dalam Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) mengenai Cabaran PDRM Tangani Covid pagi tadi.

Di samping itu Mazlan berkata, langkah taktikal kerajaan mewujudkan PKP jelas.

"Kita mempunyai telefon pintar yang merupakan medium utama dan melalui teknologi itu rakyat sudah sedia maklum pelaksanaan kerajaan.

"Strategi minda kita juga sudah diubah dan kita perlu siap sedia menghadapinya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus