X

Kindly register in order to view this article
!

Public Bank beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP

Rangkaian cawangan awam Public Bank akan dibuka seperti biasa pada waktu perniagaan sepanjang PKP. Gambar kecil: Tay Ah Lek
A
A

PUBLIC Bank akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Urusannya, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, Public Bank akan memastikan akses tanpa henti ke semua perkhidmatannya di seluruh negara oleh pelanggan semasa tempoh PKP.

“Rangkaian cawangan awam Public Bank akan dibuka seperti biasa pada waktu perniagaan sepanjang PKP.

“Semua akses perkhidmatan bank seperti terminal layan diri, permohonan pinjaman dan perniagaan deposit, kiriman wang dan perkhidmatan kad dan perbankan dalam talian juga kekal tidak terganggu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, untuk urus niaga perbankan, pelanggan dinasihatkan untuk menggunakan perbankan elektronik, perbankan mudah alih dan perkhidmatan dalam talian yang lain, sebagai sebahagian daripada langkah menjaga jarak sosial.

Dalam pada itu, Ah Lek berkata, Public Bank bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk menawarkan Kemudahan Bantuan Khas kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“PKS yang berhasrat memohon Kemudahan Bantuan Khas dinasihatkan untuk mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank atau emel kepada [email protected] untuk nasihat dan bantuan kewangan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf