Liverpool sedia bank makanan bantu penduduk terjejas Covid-19

Poster Bank Makanan Liverpool
Poster Bank Makanan Liverpool
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris, Liverpool turut mengambil bahagian membantu penduduk sekitar Merseyside, England yang terjejas wabak koronavirus (Covid-19) dengan menyediakan Bank Makanan.

Kapten The Reds, Jordan Handerson berkata, ia sebahagian tanggungjawab kelab itu memberikan pertolongan kepada penduduk sekitar yang terkesan dengan wabak tesebut.

"Saya harap kita semua dalam keadaan baik dalam situasi sukar ini.Kami sekarang sedang menyediakan Bank Makanan untuk orang yang memerlukan.

"Anda semua juga boleh menderma dan turut serta dalam program Bank Makanan ini," katanya dalam laman rasmi twitter kelab itu.

Dalam masa sama, beliau turut menasihati semua penyokong dan peminat Liverpool supaya mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang penularan wabak ini.

England ketika ini sedang berada di bawah perintah berkurung sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara itu.

Penduduk dilarang keluar rumah sepanjang tempoh perintah berkurung itu kecuali untuk urusan penting.

Jumlah kematian akibat wabak tersebut di negara itu meningkat dengan 465 kematian dan kes positif Covid-19 meningkat kepada 9,529 orang berbanding 6,650, semalam.

Artikel Berkaitan: