640 kg sayur, buah diedar kepada petugas Covid-19

Pek buah-buahan segar diedar kepada petugas pelbagai agensi bermula 23 Mac lalu dan diteruskan sehingga tamat tempoh PKP.
Pek buah-buahan segar diedar kepada petugas pelbagai agensi bermula 23 Mac lalu dan diteruskan sehingga tamat tempoh PKP.
A
A
A

MANJUNG - Lebih 640 kilogram (kg) sayur dan buah-buahan produk MGROW diedarkan oleh Manjung Naluri Sdn Bhd untuk anggota keselamatan dan kakitangan kesihatan yang bertugas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak koronavirus (Covid-19).

Penasihat Manjung Naluri, Ting Tai Fook berkata, inisiatif itu diambil untuk membantu petugas sekali gus sebagai tanda ingatan dan terima kasih kepada mereka yang dianggap wira negara.

“Kita telah sediakan 200 kg betik, pisang berangan (350 kg), sayur bendi (70 kg) dan 20 kg nenas bagi warga Klinik Kesihatan Sitiawan, Balai Polis Ayer Tawar dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

“Petugas juga perlukan makanan seimbang khususnya sayur dan buah-buahan. Kita bagi sayur sebab petugas juga susah nak keluar beli keperluan memasak untuk keluarga mereka dalam masa genting ini,” katanya.

Inisiatif dilakukan Manjung Naluri Sdn Bhd menyediakan bekalan sayur dan buah-buahan kepada petugas Covid-19 di daerah itu.
Inisiatif dilakukan Manjung Naluri Sdn Bhd menyediakan bekalan sayur dan buah-buahan kepada petugas Covid-19 di daerah itu.

Menurutnya, Manjung Naluri turut mengedarkan pek buah-buahan segar kepada petugas pelbagai agensi bermula 23 Mac lalu hingga tempoh PKP tamat.

“Hari ini (semalam) kita sediakan 150 bungkus buah potong seperti nenas, pisang berangan dan betik untuk petugas Hospital Seri Manjung, polis dan tentera.

“Kita siap potong bagi memudahkan petugas untuk terus makan malah kami akan sediakan lagi setiap hari untuk mereka secara bergilir-gilir,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Petugas kesihatan yang menerima edaran sayur dan buah-buahan daripada Manjung Naluri Sdn Bhd.
Petugas kesihatan yang menerima edaran sayur dan buah-buahan daripada Manjung Naluri Sdn Bhd.

Edaran turut dilakukan dalam kalangan anggota polis.
Edaran turut dilakukan dalam kalangan anggota polis.