X

Kindly register in order to view this article
!

Poster tular sumbangan barangan asas oleh DBKL palsu

DBKL menafikan pihaknya akan mengagihkan sumbangan barangan asas seperti maklumat dalam poster yang tular di media sosial hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan pihaknya akan mengagihkan sumbangan barangan asas kepada penghuni Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti dalam poster yang tular di media sosial hari ini.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, maklumat yang dipaparkan dalam poster berkenaan adalah palsu.

“Poster tersebut adalah palsu. Berhenti daripada menyebarkan sebarang info atau notis yang bukan dari DBKL.

“Dapatkan maklumat sebenar hanya dari media sosial rasmi DBKL,” menurut kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun Facebook rasmi DBKL hari ini.

Terdahulu, poster berkenaan tertera maklumat bahawa DBKL akan mengagihkan sumbangan barangan asas kepada penghuni PA dan PPR mengikut masa ditetapkan pada bulan ini.

Turut dinyatakan dalam poster tersebut lokasi pengambilan barang asas berkenaan.

Malah poster berkenaan turut tertera syarat mereka yang layak mengambil sumbangan tersebut.

Dalam poster tersebut, turut dinyatakan bagi golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas, sumbangan didakwa akan disalurkan DBKL terus ke unit kediaman masing-masing.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!