X

Kindly register in order to view this article
!

Kes jangkitan Covid-19 naik 10 kali ganda di AS

Jumlah jangkitan koronavirus (Covid-19) di AS telah meningkat 10 kali ganda kepada lebih 50,000 kes dalam tempoh tujuh hari. - FOTO: AGENSI
A
A

WASHINGTON - Jumlah jangkitan koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) telah meningkat 10 kali ganda kepada lebih 50,000 kes dalam tempoh tujuh hari.

Data yang diperoleh John Hopkins University sehingga hari ini menunjukkan jangkitan di AS mencecah 55,225 dan 802 kematian.

"Pada 1 Mac lalu, hanya kira-kira 100 kes jangkitan dilaporkan manakala 5,000 kes jangkitan direkodkan pada minggu lalu.

"Angka itu bagaimanapun melonjak dengan cepat dalam tempoh seminggu," menurut media tempatan.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan percaya angka sebenar jauh lebih tinggi kerana ujian pemeriksaan tidak dapat dilakukan akibat kekurangan bekalan ubat-ubatan dan kriteria diagnostik yang hanya mengehadkan ujian terhadap individu tertentu.

Presiden Donald Trump juga berterusan memandang rendah ancaman wabak tersebut dan turut membandingkan jumlah kematian pesakit Covid-19 dengan korban kemalangan jalan raya dan selesema bermusim.

Pakar kesihatan di AS turut menyelar pentadbiran Trump kerana mengambil sikap sambil lewa terhadap krisis tersebut selain ketinggalan dalam langkah ujian.

Kelmarin, WHO memberi amaran AS berpotensi menjadi pusat wabak baharu di Barat selepas Itali susulan peningkatan mendadak kes jangkitan pandemik tersebut.

"Kami melihat lonjakan sangat besar dalam kes jangkitan di Washington," kata jurucakap agensi antarabangsa itu, Margaret Harris.

Kelmarin, pakar di AS memberi amaran tegas tentang risiko kesihatan yang disebabkan oleh virus tersebut dan krisis tersebut didakwa akan bertambah buruk pada minggu ini. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus