X

Kindly register in order to view this article
!

Maybank Singapura tawar khidmat kiriman wang percuma

A
A

SINGAPURA – Maybank hari ini menawarkan perkhidmatan kiriman wang percuma kepada rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Singapura yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia.

Semua pelanggan Maybank dan bukan Maybank rakyat Malaysia boleh hadir ke mana-mana cawangan Maybank untuk membuat kiriman wang tanpa bayaran pindahan ke mana-mana akaun bank Malaysia pada kadar pertukaran SGD/MYR yang menarik bermula hari ini sehingga 14 April, 2020.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti dan Pengurusan Harta Kumpulan Maybank Singapore, Alvin Lee berkata, pengecualian hanya melibatkan akaun individu ke akaun individu.

"Sebagai institusi kewangan terkemuka di Malaysia, adalah penting bagi kita untuk memberi bantuan sebagai menyokong rakyat Malaysia di Singapura yang tidak dapat pulang ke tanah air dalam tempoh PKP ini.

"Kami komited untuk menyokong komuniti dan berharap inisiatif pengiriman wang percuma ini memberi kelegaan kepada mereka dan ahli keluarga mereka dapat menerima dana yang diperlukan tepat pada masanya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bank tersebut sebelum ini memperkenalkan langkah-langkah bantuan seperti Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman Perumahan kepada pelanggan sedia ada yang terjejas pendapatan disebabkan wabak Covid-19 dan perlindungan insurans Covid-19 dan demam denggi percuma untuk semua individu pelanggan Maybank. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf