24 individu ditempatkan di pusat kuarantin di Kedah

A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 24 individu ditempatkan di pusat kuarantin pertama yang dibuka di Institusi Aminuddin Baki, Jitra.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, individu berkenaan ditempatkan di pusat kuarantin berkenaan sejak 22 Mac lepas.

Menurutnya, 13 individu yang ditempatkan di institusi berkenaan merupakan rakyat Malaysia manakala selebihnya merupakan warga asing.

"Kita kini sedang mengusahakan untuk membuka lagi pusat kuarantin di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sungai Petani dengan bilangan individu enam orang tetapi kita memiliki kapasiti 29 orang.

"Seramai 46 petugas termasuklah 20 daripadanya daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) ditempatkan di Institut Aminuddin Baki setakat ini," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, sehingga kini, pihaknya mendapat maklumat terdapat 64 kes jangkitan koronavirus (Covid-19) di Kedah dengan kebanyakan kes berkenaan adalah di daerah Kuala Muda melibatkan 27 kes.

Katanya, sebanyak 60 kes dilaporkan adalah melibatkan kluster tabligh bersamaan lebih 90 peratus.

"Daripada jumlah itu, dua pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya.

Artikel Berkaitan: