X

Kindly register in order to view this article
!

USIM hasilkan pelindung muka bantu hospital

Mohd Ifwat
A
A

NILAI – Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menghasilkan pelindung muka untuk petugas barisan hadapan yang memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

Projek penghasilan pelindung muka ini digerakkan oleh sekumpulan pensyarah yang di ketuai Dr Mohd Ifwat Mohd Ghazali.

Mereka yang terlibat ialah Dr Muhammad Zamir Othman, Dr SM Shahrul Nizan Shikh Zahari, Dr Azira Khalil, Dr Mohd Azrul Mohd Yunus, Dr Sofina Tamam dan Cik Siti Nazurah Md Jusoh.

Pelindung muka yang dihasilkan ini merupakan antara komponen penting perlindungan diri yang dipakai oleh anggota kesihatan bersama kelengkapan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang lain sebagai langkah keselamatan mengelakkan terdedah secara langsung dengan Covid-19.

Anggota kesihatan barisan hadapan Hospital Ampang menerima pelindung muka sumbangan USIM.
Anggota kesihatan barisan hadapan Hospital Ampang menerima pelindung muka sumbangan USIM.

Mohd Ifwat, cadangan menghasilkan alat pelindung muka diilhamkan bersama untuk disumbangkan kepada hospital secara percuma dengan segala kos berkaitan ditanggung sepenuhnya oleh USIM.

Katanya, alatan yang dihasilkan ini dibuat menggunakan mesin cetakan 3D dan setiap pelindung muka akan dipakai bersama pelindung plastik pakai buang yang turut dibekalkan oleh FST bagi memudahkan pasukan kesihatan menjalankan tugas.

“Setiap mesin mempunyai kemampuan untuk menghasilkan lima hingga 10 unit pelindung muka sehari dan pihak kami berjaya siapkan 40 unit buat masa ini.

“Ketika ini permintaan dan penggunaan pelindung muka amat tinggi di hospital tetapi bekalan yang ada sangat terhad kerana setiap waktu petugas barisan hadapan akan mengendalikan kes suspek Covid-19 dan mereka yang positif. Jadi risiko kesihatan itu amat tinggi.

“Alhamdulillah, sebanyak 12 unit set pelindung muka bersama pelindung plastik pakai buang telah diserahkan kepada Hospital Tunku Jaafar, Seremban dan 10 set lagi untuk Hospital Ampang Jaya. Selangor,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.


Mohd Ifwat (kanan) menyampaikan sumbangan pelindung muka kepada wakil anggota kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Mohd Ifwat (kanan) menyampaikan sumbangan pelindung muka kepada wakil anggota kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Mohd Ifwat berkata pihaknya turut membekalkan dua set untuk digunakan anggota Jabatan Keselamatan USIM yang bertugas di pintu utama kerana perlu menyaring suhu badan setiap kakitangan dan pelawat.

"Terdapat permintaan dari hospital dan klinik kesihatan lain yang diterima dan pihaknya sedang berusaha memenuhi keperluan tersebut dalam masa terdekat ini.

"Antara bahan yang digunakan bagi menghasilkan pelindung muka ini ialah filamen 3D, gam, pita dan getah elastik," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!