Dua lelaki pecah masuk hotel ditahan ketika PKP

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais. Foto Sumber Internet
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais. Foto Sumber Internet
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua lelaki mengambil kesempatan atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa ketika ini dengan memecah masuk dua hotel di sekitar Permas Jaya di sini semalam.

Bagaimanapun perbuatan mereka itu menerima padah apabila kedua-dua suspek tempatan berusia 22 dan 23 tahun ditahan polis di Taman Rinting di sini jam 2.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya merampas beberapa barangan yang dicuri termasuk sebuah motosikal suspek yang dilaporkan hilang sebelum ini.

"Soal siasat ke atas kedua-dua suspek membawa polis telah ke sebuah rumah di kawasan Masai sebelum merampas sebuah buah televisyen jenama Samsung 32 inci, sebuah buah topi keledar jenama SGV warna kelabu dan sehelai sweater jenama Dragon-i warna merah.

"Semua barang ini dipercayai hasil kegiatan pecah bangunan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahurinain berkata, suspek berusia 22 tahun dari Kampung Belading, Teluk Sengat, Kota Tinggi manakala seorang lagi dari Kampung Sungai Rinting, Masai.

"Hasil semakan mendapati suspek berusia 22 tahun mempunyai rekod kesalahan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 379/447/454/457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.

Susulan penangkapan mereka, polis berjaya menyelesaikan dua lagi kes pecah bangunan hotel di sekitar Johor Bahru dan satu kes curi motosikal di Masai," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tiga tahun dan tidak lebih tujuh tahun manakala selain Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh selain denda.

Artikel Berkaitan: