X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Covid-19: Chile gubal undang-undang kawal selia kerja dari rumah

Presiden Chile, Sebastian Pinera. - Foto Sumber Internet
A
A

SANTIAGO- Chile pada Selasa menggubal undang-undang mengenai bekerja dari rumah, di tengah-tengah penularan wabak koronavirus (Covid-19) pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

"Projek itu bertujuan menawarkan pekerja Chile lebih banyak peluang dan kebebasan, ia akan memberi manfaat kepada semua terutama wanita, belia dan warga emas," kata Presiden, Sebastian Pinera dalam satu persidangan video.

Langkah itu susulan jutaan penduduk Chile diarah duduk di rumah dalam usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19

"Hari ini, ramai yang akan bekerja dari rumah dan kini mereka akan dilindungi," tambah Pinera.

Undang-undang itu bertujuan menjadikan kerja dari rumah sebagai satu langkah rasmi dan mewajibkan pihak syarikat menandatangani kontrak dengan kakitangan.

Pinera berkata, usaha itu merupakan satu lagi langkah inovatif di Amerika Latin, dibuat mengikut piawaian Eropah yang mengiktiraf "hak pekerja untuk membatalkannya, menghormati waktu rehat dan permohonan cuti."

Menteri Buruh, Maria Jose Zaldivar berkata, undang-undang itu juga menetapkan majikan memberi gaji seperti mana yang dipersetujui di peringkat awal selain membekalkan peralatan diperlukan.

Chile mencatatkan 922 kes Covid-19 dengan dua kematian, umum Kementerian Kesihatan pada Selasa.-Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!