Duduk di rumah - MB Selangor

Datuk Seri Amirudin Shari membuat rayuan dalam Facebook rasminya
Datuk Seri Amirudin Shari membuat rayuan dalam Facebook rasminya
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di Selangor dirayu supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu kerajaan mengekang wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membuat rayuan terbabit melalui Facebooknya dan turut menasihatkan penduduk berdisiplin dan mengekalkan cara hidup sihat.

"Saya merayu kepada rakyat Selangor untuk duduk di rumah agar kita dapat berjaya mengalahkan wabak ini dan menjalani kehidupan seperti biasa.

"Rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya saya kira masih kita perlu meneruskan PKP ini dengan berdisiplin dan duduk di rumah.

"Rujuk pusat kesihatan sekiranya terdapat simptom seperti demam, batuk dan selsema," katanya yang memuat naik status itu Facebooknya semalam.

Katanya, Selangor mencatatkan 27 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah kes Covid-19 di Selangor 381 kes.

"Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan pertambahan 106 kes baharu manakala bagi Selangor mencatatkan 27 kes baharu.

"Walaupun terdapat penurunan daripada kes baharu ini namun begitu saya kira jumlah kes yang dicatatkan di negeri Selangor masih tinggi iaitu 381 kes," katanya.

Artikel Berkaitan: