95 peratus jemaah tabligh sudah jalani ujian saringan Covid-19: KPN

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Polis Diraja Malaysia sedang mengesan lima peratus daripada jumlah peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling yang belum menjalani pemeriksaan saringan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, individu berkenaan mungkin takut untuk tampil mennjalani pemeriksaan kesihatan kerana kecaman negatif terhadap mereka.

“Saya berharap masyarakat dapat menghentikan penghinaan atau mencaci terhadap jemaah tabligh, pihak saya tetap meneruskan berinteraksi dengan pucuk pimpinan jemaah tabligh untuk mengesan individu berkenaan.

“Kerjasama daripada mereka amat baik, mereka akan kemaskini butiran terbaharu yang mereka perolehi daripada usaha mereka sendiri untuk mengenalpasti siapa individu yang hadir pada ijtimak itu,” katanya pada wawancara dalam Selamat Pagi Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan Abdul Hamid sebelum ini, pihaknya sudah mengenal pasti 7,671 peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling yang dianjurkan pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu.

Abdul Hamid memaklumkan, pihaknya menerusi pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengesan peserta terbabit yang masih enggan menjalani pemeriksaan jangkitan Covid-19.

Beliau menyatakan KKM turut membekalkan senarai ahli jemaah tabligh yang sudah menjalani proses saringan, perbandingan akan dibuat dan pihaknya akan tahu berapa ramai masih enggan (jalani pemeriksaan).

Artikel Berkaitan: