Mayat lelaki terapung di sungai berhampiran LRT Sentul

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan terapung di sungai berhampiran Stesen LRT Sentul, Bandar Baru Sentul di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Heisham Harun berkata mayat itu ditemui orang awam pada pukul 1.16 tengah hari. Tiada dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Lelaki itu memakai baju-T dan seluar panjang. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ditanya sama ada mayat itu mempunyai kaitan dengan penemuan dua mayat lelaki Bangladesh di Ulu Yam dan Jalan Yew, di sini semalam, beliau berkata setakat ini siasatan awal mendapati ia tidak mempunyai kaitan.

Sementara itu, satu mayat reput, ditemukan di Empangan Sungai Rasa, Hulu Selangor, dekat sini pada pukul 10.45 pagi ini. Identiti dan jantina belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai berkata berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah lima hari meninggal dunia.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan rakan atau anggota keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: