Wanita hilangkan diri hadir semula ke hospital untuk pemeriksaan

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A
IPOH - Wanita yang disyaki mengalami simptom wabak koronavirus (Covid-19) dan menghilangkan diri ketika menjalani saringan kesihatan di Hospital Parit Buntar (HPB) semalam telah hadir semula ke hospital untuk pemeriksaan.

Wanita berusia 21 tahun itu kembali ke hospital petang tadi bagi menjalani rawatan mengikut prosedur ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pesakit itu telah hadir semula ke hospital.

"Sudah," katanya ringkas.

Dalam pada itu menerusi satu hantaran Facebook yang dibuat menerusi akaun wanita berkenaan memaklumkan, dia telahpun dipindahkan ke Hospital Taiping.

Dia memohon semua pihak mendoakan agar dirinya sembuh dengan segera dan menghentikan kecaman.

"Saya perlukan semangat anda, bukan kecaman anda. Doakan saya cepat sembuh," tulisnya.

Status berkenaan dimuat naik kira-kira empat jam lalu.

Terdahulu, wanita yang bekerja sebagai pramugari itu dilaporkan baru pulang dari Singapura dan telah transit di Thailand mula mengalami demam sejak 12 hari lepas.
Artikel Berkaitan:


Mangsa telah diarahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut, namun menolak untuk dihantar ke hospital berkenaan.

Ketika kejadian, pesakit diletakkan di dalam bilik isolasi HPB sebelum dikesan menghilangkan diri.

Artikel berkaitan: Wanita ada simptom Covid-19 hilangkan diri ketika saringan