Kaki budak tersepit pedal basikal

6
6
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun cedera di bahagian kaki kiri selepas tersepit pada pedal basikal dalam kejadian di Jalan Telok Kapas, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa, Mohamad Daniel Irfan terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit sebelum dibantu anggota bomba dan penyelamat.

Mangsa, Mohamad Daniel Irfan terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit sebelum dibantu anggota bomba dan penyelamat. - Foto: BBP SUNGAI PINANG
Mangsa, Mohamad Daniel Irfan terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit sebelum dibantu anggota bomba dan penyelamat. - Foto: BBP SUNGAI PINANG

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Zaidi Athan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.22 petang memaklumkan kanak-kanak tersepit pada pedal basikalnya.

Menurut beliau, seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati kaki kiri kanak-kanak tersepit pada pedal basikalnya.

"Kami melakukan bantuan khas dengan menggunakan alatan khas memotong untuk mengeluarkan kaki mangsa yang mengalami cedera ringan," katanya.

Artikel Berkaitan: