Bayaran bantuan bulanan JKM dimasukkan esok: Rina

Rina
Rina
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wanita dan Keluarga memaklumkan seramai 500,000 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima wang bantuan itu esok.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataannya hari ini berkata, bantuan bagi bulan April yang dimasukkan 15 hari lebih awal itu melibatkan wang RM150 juta.

"Kami mengharapkan agar semua penerima bantuan yang ingin keluar ke bank, sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan-arahan semasa yang dikeluarkan pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Amalkan jarakkan sosial dan elakkan berada di kawasan bank yang sesak," menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: