'Semoga murah rezeki puan'

Pengguna Facebook dikenali sebagai Zulaikha Mahar tular selepas beliau tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
Pengguna Facebook dikenali sebagai Zulaikha Mahar tular selepas beliau tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
A
A
A

PASIR GUDANG - Sebagai rakyat dan individu prihatin, pelbagai jenis bantuan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk barangan keperluan dan banyak lagi terutama dalam Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari.

Seorang wanita juga tidak ketinggalan melaksanakan kerja amal dengan tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di sini.

Menerusi status di akaun Facebook, Zulaikha Mahar, beliau telah memulakan aktiviti itu sejak semalam.

"Alhamdulillah, untuk hari kedua, bantuan untuk rumah ke rumah sahaja. Keadaan yang sangat berbahaya, virus Covid-19.

"Siapa yang mesej, saya akan balas. Anak-anak saya yang pack (bungkus) barang tanpa orang luar. Jadi ambil masa. Insya-ALLAH, saya akan maklum info seterusnya," tulisnya.

Antara komen netizen yang memuji usaha murni yang dilakukan Zulaikha Mahar.
Antara komen netizen yang memuji usaha murni yang dilakukan Zulaikha Mahar.

Dalam pada itu, bantuan tersebut mula diagihkan pada jam 2 petang tadi di sekitar Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Tindakan murni wanita itu menarik perhatian netizen yang mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah sungguh mulia hati awak, semoga ALLAH memberi ganjaran yang teristimewa dengan awak. Amin," kata Rosni Ahmad.

Kata Din Ramli, "Semoga yang mampu tak ambil kesempatan di atas kebaikan puan. Biarlah sumbangan puan diterima oleh yang betul-betul layak. Semoga murah rezeki puan."

Dalam pada itu, pelayar Twitter dikenali Adam juga memuji tindakan wanita tersebut dan mendoakan Tuhan merahmati dia sekeluarga.