APMM Perak terus jaga perairan ikut piawaian KKM

Shahrizan Raman
Shahrizan Raman
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak tetap meneruskan rondaan pengawasan di sepanjang perairan negeri ini meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, rondaan menerusi Op Sayong dan Op Pintas di sektor operasi itu digerakkan tanpa mengabaikan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menyekat penularan wabak tersebut.

"Pendekatan yang diambil oleh anggota sepanjang bertugas adalah dengan mematuhi piawaian dengan mengamalkan penggunaan sarung tangan, topeng muka dan cecair pembasmi kuman bagi melakukan sebarang aktiviti di kapal termasuklah di bilik jentera utama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Op Sayong dijalankan di sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan Op Pintas pula di pesisiran perairan yang bermula dari sempadan Sungai Bernam, Selangor hingga ke Tanjung Piandang, Kerian.

"Matlamat operasi itu adalah bagi menyokong penuh saranan kerajaan dengan menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai langkah pencegahan penyebaran wabak itu," katanya.

Beliau berkata, berikutan pendemik wabak Covid-19 ini, pematuhan aktiviti penangkapan ikan turut dikuatkuasakan bagi memastikan sumber perikanan tidak terjejas.

"Setakat ini, komuniti Maritim di perairan Perak mematuhi arahan dengan tiada aktiviti rekreasi atau memancing dikesan," katanya.

Artikel Berkaitan: