Lisa Surihani baca al-Quran

Lisa Surihani memuat naik fotonya membaca al-Quran sambil meriba anak lelakinya. - FOTO: INSTAGRAM LISA SURIHANI
Lisa Surihani memuat naik fotonya membaca al-Quran sambil meriba anak lelakinya. - FOTO: INSTAGRAM LISA SURIHANI
A
A
A

PELAKON dan pengacara, Lisa Surihani menyahut cabaran #dudukrumahchallenge dengan membaca al-Quran untuk melancarkan bacaannya.

Lisa berkata, dia mahu sentiasa istiqamah membaca al-Quran walaupun bacaannya tidak sempurna.

“#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tak sempurna tetapi buat untuk adik-beradik (the Khatijahs) dan rakan-rakan, teruskan beri galakan (But my dear sisters (the Khadijahs) and friends keep encouraging). Dia galakkan.

“Daripada tak buat langsung. Lisa? Moga istiqamah. Dengan doa ya ALLAH, rahmatilah kami dengan al-Quran, jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.

“Ya ALLAH, ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui. Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami wahai Tuhan Semesta Alam,” tulisnya yang berkongsi aktivitinya itu Instagram beliau.

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada penyanyi, Yusry KRU itu turut memuat naik fotonya membaca al-Quran bersama anak lelakinya.

Hantaran beliau mendapat reaksi positif daripada selebriti dan netizen yang kebanyakan memuji usaha ibu kepada dua cahaya mata itu memanfaatkan masa terluang di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Along_fitri berkata: "Bacaan tak sempurna tak apa, janji rajin. Insya-ALLAH sama-sama kita perbaiki.”

Artikel Berkaitan:

Jaja_Zafri pula berkata: "Salah satu usaha bagus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Kita semakin dekat dengan ALLAH SWT. Alhamdulillah. #dudukrumahchallenge, good job Lisa.”

Pelakon dan usahawan, Datin Fauziah Gous turut memuji usaha Lisa.

“Beautiful sister. Ya kita sama-sama usahakan. Alhamdulillah, dari hari pertama dapat baca dua hingga tiga jam sekurang-kurangnya dengan waktu cukup luang di rumahnya,” tulis beliau.

Cabaran #dudukrumahchallenge merupakan cabaran yang wujud selepas kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk seluruh rakyat Malaysia sejak 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini bagi mengelak penularan pandemik koronavirus (Covid-19).