Bayaran faedah Perkeso dikreditkan esok

Jadual bayaran faedah Perkeso sehingga Ogos
Jadual bayaran faedah Perkeso sehingga Ogos
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan mempercepatkan bayaran Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada kira-kira 300,000 penerima bermula esok.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pembayaran awal itu akan berterusan sehingga bulan Ogos.

"Perkeso akan mengkreditkan semua bayaran berkala kepada institusi perbankan pada hari esok.

"Tarikh bayaran akan diterima oleh orang berinsurans dan tanggungan bergantung kepada pengkreditan oleh bank berkaitan kepada akaun orang berinsurans dan tanggungan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saravanan berkata, tindakan itu berikutan kerajaan sedia maklum kesukaran yang dihadapi oleh rakyat akibat serangan wabak koronavirus (Covid-19).

Katanya, penelitian semula jadual pembayaran pencen dan faedah kepada Orang Berinsurans dan tanggungan mereka telah dibuat.

"Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Orang Berinsurans dan tanggungan mereka, Kementerian Sumber Manusia melalui Perkeso telah meneliti semula jadual pembayaran.

"Ia akan memanfaatkan kira-kira 300,000 penerima pencen dan faedah terdiri daripada pencen ILAT/Penakat; faedah orang tanggungan; faedah hilang upaya kekal berkala; dan faedah elaun layanan sentiasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebarang pertanyaan boleh emel ke perkeso@perkeso.gov.my ATAU menyalurkan aduan/pertanyaan melalui Facebook.com/perkeso.official.