Dua lelaki mati di Ulu Yam, Jalan Yew adalah rakan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki Bangladesh yang ditemui mati, dipercayai dibunuh, di tepi jalan utama Ulu Yam menghala ke Batu Caves, dekat sini dan di bawah jejambat di Jalan Yew di sini, saling mengenali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Rudy Abdullah berkata siasatan polis mendapati mereka adalah rakan, bagaimanapun polis masih menyiasat sama ada mereka merupakan rakan serumah atau rakan sekerja.

“Kami masih menjalankan siasatan untuk mencari punca kejadian dan suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rudy berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam,mayat seorang lelaki ditemui berhampiran longgokan sampah di bawah jejambat di Jalan Yew, di sini, dalam keadaan jari telunjuk kaki kanan putus selain terdapat kesan kecederaan pada pergelangan tangan dan lebam di mata kiri serta rusuk kiri.

Satu lagi mayat ditemui di tepi jalan utama Ulu Yam menghala ke Batu Caves dalam keadaan tangan dan kaki diikat di belakang dan kepala ditutup baju. - Bernama

Artikel Berkaitan: