KSM siasat kes tanah runtuh di Gunung Jerai

Laporan Sinar Harian sebelum ini
Laporan Sinar Harian sebelum ini
A
A
A

ALOR SETAR - Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kedah menjalankan siasatan berhubung kejadian dua lelaki yang maut akibat tertimbus runtuhan tanah di kaki Gunung Jerai, Gurun pada Ahad lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan siasatan dijalankan pada jam 8.30 pagi semalam dan mendapati kedua-dua mangsa maut akibat aktiviti perlombongan emas haram yang dijalankan secara persendirian.

"Mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, Pengecualian Daripada Kehendak Peraturan 5 Bagi Orang Yang Bekerja Sendiri menyatakan bahawa terdapat pengecualian melaporkan kemalangan kepada JKKP bagi mereka yang bekerja sendiri dan cedera di premis sendiri.

"Berdasarkan peraturan tersebut, kemalangan berhubung kejadian itu tidak perlu dilaporkan kepada JKKP," katanya.

Semalam, mayat Roslan Saidin, 52, ditemukan pada jam 10.49 pagi dan dibawa keluar pada jam 11.36 pagi.

Mayat Md Noor Shaari, 68, pula ditemukan pada 12.53 tengah hari pada kedalaman hampir 15 meter dan dibawa keluar 8 minit kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Dua individu dikhuatiri tertimbus

Mangsa tertimbus dipercayai pencari emas

Artikel Berkaitan:

Tanah runtuh: Mayat mangsa pertama tertimbus dikeluarkan

Kedua-dua mangsa dikatakan tertimbus selepas berlaku pergerakan tanah semasa melakukan kerja-kerja penggalian untuk mencari harta karun yang kononnya didakwa tersimpan di kaki gunung berkenaan. - Bernama